Tuesday, April 20, 2010

IT'S SO HARD TO SAY GOODBYE

It's too hard to say goodbye.
Zulhilmi bin Abu Bakar (SEAN) telah kembali ke rahmatullah pada hari ahad, pada tanggal 18 APRIL 2010. Kegagalan paru-paru dan buah pinggang nya utk brfungsi selepas terlibat dalam satu kemalangan di bawah kes langgar lari. Arwah merupakan seorang teman, kawan, sahabat dan juga terbaik dalam 'gang'. kan kawan2? Sean, senyumanmu, gelak tawa mu, marah mu, merajuk mu, gurau senda mu, sentiasa bermain di mata, suara mu tetap terngiang-ngiang di telinga ku, kamulah seorang sahabat yang setia. Tidak ku sangka dirimu pergi meninggalkan kami dengan secepat ini :( Bukan niatku untuk mengganggu ketenangan mu di alam barzakh, aku hanya sekadar membuat secebis coretan yang tak seberapa kerana terlalu mengingati dirimu. Ya Allah, tempatkan lah roh sahabat ku ini dalam kalangan orang2 yg beriman. Kami tak akan pernah melupakan kehadiran mu yang mewarnakan hidup kami semua dengan semua ciri-ciri ceria disusuli warna-warna kehidupan mahupun tidak. isk isk isk. Kamu akan senantiasa terselit di dalam doa doaku juga teman-teman kita yang lain. Sesungguhnya penyesalan ini tiada berguna lagi, kami terkilan kerana tidak sempat untuk membalas jasamu yang tiada terkira. Kami di sini terlalu menyayangi dirimu, wahai seorang sahabat setia. Ku susun sepuluh jari ingin memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kakai di atas setiap kesalahan, dan dosa dosaku terhadap dirimu. Halalkan andai terguna wang ringgit, makan minum di saat hidup mu dahulu. Aku tiada menyimpan dendam terhapmu wahai sahabat :(
AL-FATIHAH ~
SEMOGA TENANG DI ALAM BARZAKH, DAN KU PANJATKAN DOA SUPAYA ROHMU TENANG, JUGA DI TEMPATKAN DI KALANGAN-KALANGAN ORANG YANG BERIMAN.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.